= ZIKHRI JALIUS: Pengelaman memasuki gua terdalam di Filipina

Khamis, 18 Oktober 2018

Pengelaman memasuki gua terdalam di Filipina

Tahukah kamu nama gua paling terdalam di negara Filipina dan secara tidak langsung ia menjadi satu tumpuan kepada pelancong dari luar? Pada 18 Oktober 2017 saya dan dua orang kawan berasal dari Kuala Penyu dan seorang lagi berasal dari Ranau telah pergi melacong ke Sagada, Filipina selapas pergi ke Manila City dan Bagio City. Kami memilih tempat ini kerana ia menjadi tumpuan para pelancong. 

Sumaguing Caves atau gua Sumaguing merupakan gua yang terletak di Sagada, Filipina. Gua ini juga dikatakan merupakan gua terdalam di Filipina dengan kedalaman lebih 500 kaki. Menurut Blaine Charin ulasannya dalam Lost And Wonder 2017, the Sumaguing Cave is the deepest cave in the Philippines with a depth of more than 500 feet. I was awestruck when I knew this and wondered how nature were able to form such amazing shallow structures like the Sumaguing cave. As we descend through the stairs, my eyes grew wide when I saw the gigantic entrance zone of the cave. Dengan kedalam ini, saya dan beberapa rakan mengambil masa hampir 3 jam untuk explore gua ini.

Selain daripada itu, guide kami menjelaskan bahawa gua ini juga merupakan satu kepentingan kebudayaan bagi rakyat sagada khususnya bagi tradisi pengebumian. Tambahan pulak artikel yang ditulis oleh Blaine Charin  dalam Lost And Wonder menyatakan bahawa "For the people of Sagada, caves are important part of their culture especially in their burial traditions. Their ancestors put the coffins of the dead in the orifice of a cave which allows light to illuminate it. This symbolizes protection for the souls of the dead. Since western culture and Episcopalian belief is now more prominent in this region, this tradition is barely done anymore". Bila kita mengetahui tentang gua ini, rupanya ia adalah satu tempat yang menarik dan penuh bersejarah. Sebenarnya rasa seram dan takut pun ada apabila kami berada dalam gua yang mengambil masa hampir 3 jam untuk explore.

Kami masuk ke dalam gua dengan menggunakan lampu tanah atau orang Sabahan panggil lampu pom. Selain itu, dalam gua ini juga terdapat banyak bentuk muka bumi yang terhasil dan sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari geografi. Bentuk muka bumi yang menarik ini menyebabkan kami dan pelancong lain terpukau sehinggakan kami terpaksa mangambil lebih masa hanya bergambar di tempat tersebut. 

Sampai disini sahaja yang saya dapat kongsikan dan harap ini dapat memberi sedikit info kepada mereka yang mempunyi keinginan ke Filipina. Bolehlah memasukan ke dalam itinerary kamu. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Berikut beberapa gambar saya semasa ke Gua Sumaguing Filipina.


Orang Manila yang ikut serta memasuki gua. 


Jurukamera profesional😆😆. Situasi dalam gua

Macam mana ok kah bosku? tida terurus diri 😆



Keindahan yang terdapat dalam gua

pintu masuk gua

Pemandangan di luar gua


Rujukan:

2 ulasan:

TQ