Selamat datang ke blog yang serba kekurangan ni. Memandangkan hari ni kita ada santai sikit, jadi saya pun mahu upate blog bagi mengisi masa yang tidak terisi. 😆😆😆. Baiklah bosku. Pasar Filipin atau orang Sabahan kata Pasa Pelipin merupakan pasar malam yang terletak di bandar Kota Kinabalu atau KK, Sabah. Bagi mereka yang belum tahu, mungkin menganggap bahawa Pasar Filipin ini terletak di Negara Filipina.
Kenapa Pasar tersebut diberikan nama sebagai Pasar Filipin atau Pelipin? Saya sendiri tidak begitu jelas kenapa nama pasar tersebut diberikan nama sebagai Pasar Pelipin. Izinkan saya bagi pandangan tentang Pasar Pelipin. 😃 Pada pandagan saya mungkin nama tersebut ada kaitannya dengan sejarah Filipin dengan Sabah pada ketika dahulu. Menurut Wikipedia, pada ketika dahulu Sabah atau Borneo ini pernah dikuasi oleh Kesultanan Sulu. Kesultan Brunei memberikan sebahagian timur Sabah kepada Kesultanan Sulu kerana Kesultan Sulu memberikan bantuan untuk menamatkan Perang Saudara di Brunei. Siapa Kesultanan Sulu ini? Kesultanan Sulu ini terdiri daripada orang Filipina seperti Sultan Jamalul Kiram III. Beliau dilahirkan di Filipina dan telah menguasai sebahagian timur Sabah. Kesan daripada itu, maka berlakunya penghijrahan sesetengah penduduk dari negara Filipina ke Borneo atau Sabah. Namun kedatangan British ke Borneo Utara, menyebabkan terbentuk Protokol Madrid 1885 yang mana protokol ini mengiktraf pendudukan Sepanyol di Filipina dan menjatuhkan segala tuntutan Sepanyol serta Filipina ke atas bumi Borneo kini dipanggil sebagai Sabah. Dikuatkan lagi dengan perjanjian antara Sabah dengan Filipina yang menyatakan "Selagi ada bulan dan bintang selagi itu bumi borneo ini adalah milik orang Sabah". Panjang pulak penerangan saya ni seolah2 saya mahir dalam sejarah. Sorry ya semua ini saya rujuk daripada beberapa sumber kemudian saya rumuskan mengikut pandangan saya. Baiklah berbalik pada soalan kenapa nama Pasar Filipin, berdasarkan beberapa sumber saya andaikan bahawa Pasar Pelipin ini sajak dahaulu mereka melakukan kegiatan menangkap ikan di laut sekitar Kota Kinabalu dan akhirnya tempat tersebut diberikan nama sebagai Pasar Pelipin.
Kepada kamu yang ada info mengenai ini bolehlah kongsi disini atau komen.
Kepada kamu yang ada info mengenai ini bolehlah kongsi disini atau komen.
Berikut gambar semasa saya tengah jalan2 di Pasar Pelipin.
Pilih-pilih |
Rakan kerja tengah mencri makan 😅😅😅 |
Sedap bosku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ