= ZIKHRI JALIUS: 2018

Ahad, 28 Oktober 2018

Tamu Pekan Telupid

Hello bosku. Hari ini ada masa mau update blog setelah sibuk dengan karaja sebelum ini. Siapa tulun (orang) Telupid sila angkat tangan. Sorita saya tida panjang tapi cuma mau kasi tau Telupid ada tamu macam saaaaana tampat kamuorg. πŸ˜πŸ˜… Pada 26 Oktober 2018 (Sabtu) saya telah pergi ke pekan Telupid untuk beberapa urusan tapi dalam ni saya tida bercerita pasal tu urusan saya. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Baiklah bosku, topik ini saya kongsikan pada kamuorg yang ndak pernah ke Telupid. Setelah selesai dengan urusan, saya pergi ke tamu untuk melihat keadaan di sana. Saya tertarik melihat apabila terdapat banyak makanan tradisi yang dijual seperti tuhau, jeruk bambangan, bosou dan banyak lagi makanan tardisi boleh didapati di sana. Naaa bagi kamu yang tercari-cari makanan tradisi, pergilah ke tamu  pekan Telupid yang diadakan setiap hari sabtu. Selain itu, jualan pakaian bundle juga ada di jual dengan harga yang berpatutan. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa saya berada di tamu.

Bah kamurang tengok apa macik jual ni. Ada bawang kampung dan tuhau.



C macik jual banyak lada.

Terima kasih .



Khamis, 18 Oktober 2018

Pengelaman memasuki gua terdalam di Filipina

Tahukah kamu nama gua paling terdalam di negara Filipina dan secara tidak langsung ia menjadi satu tumpuan kepada pelancong dari luar? Pada 18 Oktober 2017 saya dan dua orang kawan berasal dari Kuala Penyu dan seorang lagi berasal dari Ranau telah pergi melacong ke Sagada, Filipina selapas pergi ke Manila City dan Bagio City. Kami memilih tempat ini kerana ia menjadi tumpuan para pelancong. 

Sumaguing Caves atau gua Sumaguing merupakan gua yang terletak di Sagada, Filipina. Gua ini juga dikatakan merupakan gua terdalam di Filipina dengan kedalaman lebih 500 kaki. Menurut Blaine Charin ulasannya dalam Lost And Wonder 2017, the Sumaguing Cave is the deepest cave in the Philippines with a depth of more than 500 feet. I was awestruck when I knew this and wondered how nature were able to form such amazing shallow structures like the Sumaguing cave. As we descend through the stairs, my eyes grew wide when I saw the gigantic entrance zone of the cave. Dengan kedalam ini, saya dan beberapa rakan mengambil masa hampir 3 jam untuk explore gua ini.

Selain daripada itu, guide kami menjelaskan bahawa gua ini juga merupakan satu kepentingan kebudayaan bagi rakyat sagada khususnya bagi tradisi pengebumian. Tambahan pulak artikel yang ditulis oleh Blaine Charin  dalam Lost And Wonder menyatakan bahawa "For the people of Sagada, caves are important part of their culture especially in their burial traditions. Their ancestors put the coffins of the dead in the orifice of a cave which allows light to illuminate it. This symbolizes protection for the souls of the dead. Since western culture and Episcopalian belief is now more prominent in this region, this tradition is barely done anymore". Bila kita mengetahui tentang gua ini, rupanya ia adalah satu tempat yang menarik dan penuh bersejarah. Sebenarnya rasa seram dan takut pun ada apabila kami berada dalam gua yang mengambil masa hampir 3 jam untuk explore.

Kami masuk ke dalam gua dengan menggunakan lampu tanah atau orang Sabahan panggil lampu pom. Selain itu, dalam gua ini juga terdapat banyak bentuk muka bumi yang terhasil dan sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari geografi. Bentuk muka bumi yang menarik ini menyebabkan kami dan pelancong lain terpukau sehinggakan kami terpaksa mangambil lebih masa hanya bergambar di tempat tersebut. 

Sampai disini sahaja yang saya dapat kongsikan dan harap ini dapat memberi sedikit info kepada mereka yang mempunyi keinginan ke Filipina. Bolehlah memasukan ke dalam itinerary kamu. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Berikut beberapa gambar saya semasa ke Gua Sumaguing Filipina.


Orang Manila yang ikut serta memasuki gua. 


Jurukamera profesionalπŸ˜†πŸ˜†. Situasi dalam gua

Macam mana ok kah bosku? tida terurus diri πŸ˜†



Keindahan yang terdapat dalam gua

pintu masuk gua

Pemandangan di luar gua


Rujukan:

Rabu, 17 Oktober 2018

Pasar Pelipin @ Filipin Kota Kinabalu

Selamat datang ke blog yang serba kekurangan ni. Memandangkan hari ni kita ada santai sikit, jadi saya pun mahu upate blog bagi mengisi masa yang tidak terisi. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Baiklah bosku. Pasar Filipin atau orang Sabahan kata Pasa Pelipin merupakan pasar malam yang terletak di bandar Kota Kinabalu atau KK, Sabah. Bagi mereka yang belum tahu, mungkin menganggap bahawa Pasar Filipin ini terletak di Negara Filipina. 

Kenapa Pasar tersebut diberikan nama sebagai Pasar Filipin atau Pelipin? Saya sendiri tidak begitu jelas kenapa nama pasar tersebut diberikan nama sebagai Pasar Pelipin. Izinkan saya bagi pandangan tentang Pasar Pelipin. πŸ˜ƒ Pada pandagan saya mungkin nama tersebut ada kaitannya dengan sejarah Filipin dengan Sabah pada ketika dahulu. Menurut Wikipedia, pada ketika dahulu Sabah atau Borneo ini pernah dikuasi oleh Kesultanan Sulu. Kesultan Brunei memberikan sebahagian timur Sabah kepada Kesultanan Sulu kerana Kesultan Sulu memberikan bantuan untuk menamatkan Perang Saudara di Brunei. Siapa Kesultanan Sulu ini? Kesultanan Sulu ini terdiri daripada orang Filipina seperti Sultan Jamalul Kiram III. Beliau dilahirkan di Filipina dan telah menguasai sebahagian timur Sabah. Kesan daripada itu, maka berlakunya penghijrahan sesetengah penduduk dari negara Filipina ke Borneo atau Sabah. Namun kedatangan British ke Borneo Utara, menyebabkan terbentuk Protokol Madrid 1885 yang mana protokol ini mengiktraf pendudukan Sepanyol di Filipina dan menjatuhkan segala tuntutan Sepanyol serta Filipina ke atas bumi Borneo kini dipanggil sebagai Sabah. Dikuatkan lagi dengan perjanjian antara Sabah dengan Filipina yang menyatakan "Selagi ada bulan dan bintang selagi itu bumi borneo ini adalah milik orang Sabah". Panjang pulak penerangan saya ni seolah2 saya mahir dalam sejarah. Sorry ya semua ini saya rujuk daripada beberapa sumber kemudian saya rumuskan mengikut pandangan saya. Baiklah berbalik pada soalan kenapa nama Pasar Filipin, berdasarkan beberapa sumber saya andaikan bahawa Pasar Pelipin ini sajak dahaulu mereka melakukan kegiatan menangkap ikan di laut sekitar Kota Kinabalu dan akhirnya tempat tersebut diberikan nama sebagai Pasar Pelipin.

Kepada kamu yang ada info mengenai ini bolehlah kongsi disini atau komen.

Berikut gambar semasa saya tengah jalan2 di Pasar Pelipin.


Pilih-pilih 

Rakan kerja tengah mencri makan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sedap bosku
Terima kasih tuan. Datang lagi ke blog saya

Rujukan:
1. Wikipedia Kesultanan Sulu
2. Borneo History

Selasa, 16 Oktober 2018

Kota Kinabalu pada 2017

Kota Kinabalu merupakan bandar yang terletak di negeri Sabah dan merupakan ibu negeri Sabah. Menurut Wikipedia, Kota Kinabalu ini menjadi tumpuan pelancong kerana terdapatnya pulau-pulau di sekitarnya. Selain itu, terdapat pusat pelabuhan seperti pelabuhan Jeselton. Terdapat banyak lagi lokasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Untuk info selebihnya boleh google untuk dapatkan info selanjutnya. Disini saya upload beberapa gambar yang diambil dari bangunan Plaza Shel aras 13.

Date taken: 5/12/2017
Date taken: 5/12/2017
Date taken: 5/12/2017

Terima kasih daun keladi. Ada masa datang lawat lagi

Pelajar tingkatan 2 Kreatif SMK Ulu Sapi

Hello semua pengunjung blog. Selamat datang dan selamat membaca. Hari ini baru ada masa mahu buat penulisan dalam blog setelah sekain lama menghilangkan diri. Disebabkan masa yang terhad maka terpaksalah terhenti seketika. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… Baiklah, memandangkan hari ini saya tak berapa sibuk so saya memilih topik tersebut untuk dikongsikan kepada kamuorg. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang pelajar tingkatan 1 Kreatif tetapi sekarang saya konsikan pulak tentang pelajar tingkatan 2 Kreatif.

Sebagai pengetahuan, kelas ini merupakan kelas yang bersih dan kemas. Selain itu, pelajarnya menghormati guru dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Ini dapat dilihat apabila mereka bersama-sama untuk menghias sehingga kelas ini mendapat anugerah kelas terbersih. Walaupun bangunan sekolah ini bukan bangunan konkrit seperti yang terdapat di beberapa sekolah lain, namun usaha pelajar ini untuk mencantikan kelas ini ada dalam diri mereka. Tahniah untuk kelas tingkatan 2 Kreatif.

Berikut merupakan gambar pelajar tingkatan 2 Kreatif. Pelajar sedang menghias kelas.












Terima kasih kerana mengunjungi blog yg serba kekurangan ini.

Pelajar Tingkatan 1 Inovatif SMK ULU SAPI

SMK Ulu Sapi merupakan sekolah kerajaan yang terletak di bawah daerah PPD Tongod. Sekolah ini berhampiran dengan ladang dan kilang kelapa sawit milik syarikat Wilmar. Menurut Wikipedia, pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi memiliki 151 pelajar lelaki dan 160 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 311 orang pelajar dan mempunyai seramai 27 orang guru. Kini 17 Oktober 2018, bilangan pelajar seramai 369 orang pelajar, kaki tangan mengajar seramai 26 orang dan kaki tangan bukan mengajar seramai 4 orang.

Berbalik pada topik, saya hanya bercerita serba sedikit tentang pelajar kelas tingkatan 1 Inovatif SMK Ulu Sapi selebihnya saya upload gambar pelajar didalam ini atas permintaan pelajar. Dari segi disiplin, pelajar ini lebih menghormati guru. Walaupun pelajar tingkatan 1 Inovatif ini ada sifat nakalnya tapi mereka masih menghormati guru dan sentiasa mendengar arahan guru. Berikut merupakan gambar pelajar tingkatan 1 Inovatif.












Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Rujukan:
1. Wikipedia Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi

Rabu, 12 September 2018

Ke bandar Sandakan 2018

Hello para pengunjung blog. Topik untuk hari ini ialah mengenai Sandakan. Tidak banyak yang saya tahu tentang Sandakan ni, cuma apabila saya pergi ke sini pada  23 Ogos 2018 terdapat sedikit perubahan setelah 8 tahun tidak ke Sandakan. Mungkin bagi kamu yang selalu ke Sandakan, tak ada yang membuatkan kamu terkejut dan mungkin bagi kamu Sandakan ini biasa-biasa sahaja.

Menurut Wikipedia, Sandakan is the second largest town in Sabah after Kota Kinabalu. Selain itu kita juga boleh melihat penerangan dari Wonderful Malaysia tentang Sandakan iaitu menyatakan bahawa “Sandakan is the second biggest city in Sabah. The city as a gateway to numerous eco destinantion withhin  Sabah. Sandakan became a big city because of wood chopping industries. Sandakan remains Sabah’s second most important port, after Kota Kinabalu (KK). The port (at the Sulu sea) is important for palm oil, tobacco, cocoa, coffee and numerous other product expoerts. Sandakan is one of the most bustling towns in East Malaysia. The city used to be the epicentre of the Malaysian wood chop. Since this industry moved to the south, the city has bacome more of a starting point for several beautiful tourist destinantion. In the past Sandakan was the capital of the state of Sabah; later Kota Kinabalu became the capital of Sabah. Nearby Sandakan you can  find the Sepilok orangutan rehabilitation centre, a very popular tourist attraction in Sabah”.

Terima kasih Wikipedia dan Wonderful Malaysia. Berdasarkan pada penjelasan tersebut, kita tahu bahawa Sandakan ini merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan juga bandar terpenting sebagi pusat pelabuhan selepas Kota Kinabalu. Selain itu, industri pemotongan kayu yang terdapat di Sandakan membuatkannya menjadi kawasan terpenting di Sabah. Sebenarnya ada banyak info yang menarik yang kita tidak tahu tentang Sandakan.

Baiklah bosku, berbalik pada topik, saya telah pergi ke Sandakan pada 23 Ogos 2018 untuk beberapa urusan. Urusan ke Sandakan ialah ingin membuka akaun SSPNI adik saya. Kami telah pergi ke Maybank untuk membuka akaun SSPNI namun kami diminta untuk pergi ke pejabat PTPTN tingkat 3 Harbour Mall Sandakan. Saya baru tahu bahawa pejabat PTPTN sudah ada di Sandakan kerana semasa  saya berurusan pada tahun 2010 pejabat PTPTN belum ada. So untuk, membuka akaun SSPNI, kena lakukan di Maybank sebab itu kenapa saya bawa adik ke Maybank. Lagi satu, pada tahun 2010, kalau tak silap Harbour Mall belum ada, dan saya terujah apabila bandar Sandakan sudah ada Mall baru walaupun mungkin tak seperti Mall di Kota Kinabalu. Semasa tahun 2010, saya masih ingat bahawa Gentingmass Mall, CKS, dan Fong Ming merupakan lokasi utama membeli belah pada ketika itu. Sebenarnya banyak tempat-tempat baru yang sudah dibangunkan di Sandakan tapi saya tidak berkesempatan untuk jalan kerana kesuntukan masa. Pergi balik saja bosku. Bah terdapat beberapa gambar Sandakan 2018 yang sempat diambil. Walaupun gambar yang diambil tidak menyeluruh tapi sekurang-kurangnya ada gambar untuk kita lihat 10 tahun akan datang. Manalah tahu pada masa itu, Sandakan sudah memiliki LRT dan setaraf dengan Jepun.

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Main entrace Harbour Mall Sandakan (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)
Rujukan:

Rabu, 29 Ogos 2018

SEDIKIT INFO MENGENAI KAMPUNG KIANDONGO DARAT

Apa khabar para pengunjung blog ini? Saya harap kita semua sentiasa diberikan kesihatan. Baiklah topik kita hari ini ialah mengenai kampung Kiandongo Darat iaitu merupakan kampung admin sendiri. Mungkin masih ramai antara penduduk asal kampung Kiandongo yang belum tahu tentang latar belakang kampung Kiandongo. Sebelum saya memulakan penulisan ini, terlebih dahulu saya ingin memberitahu kepada anda bahawa sumber ini saya dapat hasil daripada temubual beberapa responden yang dibuat oleh Joines dan Zikhrius pada 16 March 2016. Respondan ini terdiri daripada penduduk asal kampung Kiandongo Darat yang sudah lama menetap dan tahu akan sejarah perkembangan kampung Kiandongo. 

Baiklah, sebelum ini saya ada menulis info dalam blog tentang sejarah kewujudan kampung Kuala Tongod. Topik tersebut banyak berkait dengan kampung Kiandongo. Berdasarkan temubual yang di buat dengan En. Aim Ansang (Pengerusi JKKK pada 2016), En. Rudin, En. Tikan, En. Laiwin Mahir, En. Mahir Rio dan En. Sadil Tuyui, mereka mengatakan bahawa pada tahun 1958 missionari dari Eropah telah membuka pusat misi pedalaman di kampung Kuala Tongod seperti membuka kemudahan sekolah dan klinik. Kemudahan ini telah memberi banyak impak dimana berkembangnya petempatan kampung Kuala Tongod termasuklah kemunculan kampung Kiandongo.

Pada awal tahun 1970 kampung Kiandongo Darat mula diterokai oleh satu keluarga yang berasal dari kampung Mananam bernama En. Sadil bin Tuyui dari tahun-tahun berikutnya beberapa keluarga demi keluarga dari kampung Mananam dan kampung Langkabong menyusuli sehingga kepesatan penduduk bertambah pada tahun 1978 apabila satu syarikat Taeck Loong membuka kayu balak di kampung Kiandongo Darat.

Kalau sebelum ini saya menulis topik mengenai asal usul kewujudan suku Mangkaak, kali ini saya menulis tentang asal usul nama kampung Kiandongo Darat. Berdasarkan temubual yang dibuat, hampir semua responden menyatakan bahawa asal usul nama kampung Kiandongo Darat diambil sempana sebatang anak sungai yang dinamakan sungai Kiandongo berhampiran dengan kg. Kuala Tongod. Pada tahun 1979 kerajaan merancang bahawa tempat tersebut digezet untuk kawasan tanah kerajaan maka pada awal tahun 1980, kampung Kiandongo di bawa sebelah darat maka kampung kiandongo berubah menjadi kampung Kiandongo Darat. Pada tahun 1981 penduduk semakin ramai di kampung Kiandongo Darat dan majoritinya terdiri daripada suku kaum mangkaak.

Dari segi sistem pentadbiran pulak sudah ada sejak tahun 1981. Berdasarkan beberapa catatan yang difailkan oleh En. Aim Ansang (Pengerusi JKKK kg Kiandongo Darat 2016), menjelaskan bahawa pada tahun 1978 hingga 1980, kampung Kiandongo Darat belum mempunyai pengerusi JKKK dan juga Ketua Kampung. Pada awal tahun 1981, berulah tertubuh Ketua Kampung iaitu En. Mahir Rio tetapi pengerusi belum dilantik. Pada awal tahun 1982, seorang telah dipilih menjadi Pengerusi JKKK kali pertama iaitu En. Laiwin Mahir iaitu merupakan anak kepada En. Mahir Rio Ketua Kampung Kiandongo Darat.

Senarai pemimpin kg. Kiandongo Darat:
Ketua Kampung :

  1. En. Mahir Rio (Tahun 1981-1986)
  2. En. James Sadon (Tahun 1986 - 1998)
  3. En. Mahir Rio (Tahun1998 - kini)
Pengerusi JKKK:
  1. En. Egin @ Laiwin Mahir (Tahun 1982 - 1998)
  2. En. Aim Ansang (Tahun 1998 - 1999)
  3. En. Egin @ Laiwin Mahir (Tahun 1999 - 2000)
  4. En. Aim Ansang (2000 - kini)

Berikut merupakan gambar responden yang banyak memberikan sumber:

Joines (tengah) bersama Ketua Kampung En. Mahir Rio (kanan)
dan isteri Ketua Kampung (kiri)

Joines (kiri) dan En. Tikan (kanan)

Joines (kiri), nenek Saudah (tengah) dan Atok Rudin (kanan). Atok
Rudin pernah merasakan zaman pendudukan Jepun di Kuala Tongod.

Joines bersama Pengerusi JKKK kg. Kiandongo Darat En. Aim Ansang

Zikhrius (kiri) bersama pacik Sadil Tuyui (kanan)

Zikhrius bergambar bersama pacik Sadil Tuyui yang
sempat merasakan zaman pendudukan Jepun 


Rumah pacik Sadil Tuyui

Segala kekurangan admin mohon maaf. Sekali lagi terma kasih saya ucapakan kepada Joines dan Zikhrius@Eko serta responden atas sumber yang diberikan ini.