Apa khabar kamu semua, I hope you are all doing well. Memandangkan malam ni tak ada yang mahu dibuat so saya nak ambik sedikit masa utk update blog ni. Seperti biasalah, ayat tak fomal dan biasanya saya akan lebih suka utuk menulis sesuatu dalam bentuk ayat versi sabahan. Hahaha harap2 kamu org boleh faham apa yg saya tulis ni. Disini saya cuma kongsikan sedikit informasi bersama student of school education and social development. Tapi sebelum itu saya ingin perkenalkan serba sedikit tentang Manukan Island. Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga Telefon awam yang menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki. Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Memutik dan Pulau Sulug. Terminal Feri Kota Kinabalu di pusat bandar adalah terminal feri bagi mereka yang hendak menuju ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Terminal feri ini juga merupakan penghubung bagi pelawat yang menginap di Manukan Island Resort. Ok now u all already know about Manukan Island.
Bagi memanuhi tugasan Physical Geography, student of school education and social development telah memilih Manukan Island untuk fieldwork. Pada 7 April 2014, fieldwork ini akan dijalankan dari pagi sehinggalah petg. Banyak benda/ilmu yang kami dapat ketiaka berada di sana khususnya berkaitan dengan peoses geomorfologi, hakisan dan banyak lagilah yang berkaitan dengan subjek geofizikal. Tapi sebenarnya pada masa yang sama objektif kami untuk membuat fieldwork secara perlahan-lahan akan hilang kerana sesetngah student sudah terpukau dengan keindahan Manukan Island. Betulkah? hahah tipulah kamu kalau masih ada yang sibuk dengan kajian geofizikal dari pagi sampai petang. Apa yang saya lihat pada masa tu, kawan2 sibuk dengan selfie, hahah gurau ja. Bah, di bawah ni merupakan gambar ketika di Manukan Island. Tapi sebelum tu saya mohon maaf jika ada gambar kamu yang tak bagus.
#SEBAGAI KENANG-KENANGAN >Mungkin disuatu hri nanti setalah tamat pengajian mybe kita tidak dapat jumpa selalu dan hanya berjumpa melalui laman sosial. So saya pinjam dulu lh gambar kamu orang mhu simpan dalam blog saya, boleh bah kan. Boleh lah nanti kita tingo balik gambar2 ni utk imbas semula kenangan kita masa lalu. hahaha<
Bah sampai disini saja... tq kerana visit blog saya, jngn lupa datng visit balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ