= ZIKHRI JALIUS: 2014

Ahad, 6 Julai 2014

GITAR IBANEZ DAN FANDER?

Hye semua... ni kali saya tergerak hati untuk berkongsi sesuatu ttg dua jenis guitar brand iaitu ibanez dan fender. Pada 28/06/2014 saya telah membeli gitar ibanez gio. 
IBANEZ GIO 

Sound dia memang mantap namun tak sesuai utk aliran blues dan jazz. Gitar Ibanez memng sesuai untuk mereka yang minat bermain metal/ rock. Bahagian ini terdapat beberapa informasi ttg ibanez dan fender.

IBANEZ



  • Dari segi kualiti senar/string agak keras tetapi suara yg dihasilkan lebih halus dan tanpa menggangu sound sistem yang dipakai.
  • Lebih sesuai utk muzik2 metal dan industri rock.
  • Pengguna Ibanez : Joe Satriani, Steve Vai, Kaoru Dir en Grey, Agung Burgerkill, Ken L'Arc en Ciel, Ian Antonio, Kaka Slank.



FENDER

  • Dari segi kualiti senar/string lebih tahan dan lembut serta senang d tekan.
  • Sesuai untuk  Jazz, Grunge, Rock, Blues cocok.
  • Pengguna Fender: Yngwie Malmsteem (Fender Stratocaster), Eric Clapton (Fender Telecaster), Reita Gazette, Kurt Cobain (Fender Mustang, Jaguar and Gospel).


SUMBER:



  1. https://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20081112211344AA73UB7
  2. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=246472515386561&id=148912418475905
  3. http://www.thecrowdvoice.com/post/sedikit-uraian-kualitas-gitar-ibanez-2343923.html
  4. http://ralfar-library.blogspot.com/2012/04/7-jenis-merk-gitar-terbaik.html



Apa2 pun masing2 ada kelebihan dan terpulang kepada anda. Sebelum membeli guitar kena tingok cara kita bermain, maksudnya kita lebih suka main apa? adakah kita lebih kepada jazz, bliues atau metal dan sebagainya? naa jadi jangan ikut macam saya beli barngn tanpa berfikir panjang. Memng kurang sesuai lah beli gitar Ibanez jika kita lebih suka bermain music blues dn jazz mcm saya. Tak apa belajar dari kesilapan dan sekrg dah tahu rupanya setiap guitar mempunyai fungsinya yang berbeza. Sama seperti ubat yang mana walaupun ia memiliki bentuk yang hampir sama tetapi mempunyai fungsi yang berbeza2. Bagi saya (HANYA PENDAPAT SAYA) janganlah membeli gitar hanya kerna rekabentuknya yang menarik tapi tak sesuai dengan cra kita bermain kerana ia boleh mengecewakan kita. Kadangkala cara kita bermain pun terus tidak ngam (tidak sesuai) di hati kita. Ini penglaman saya sjak membeli guitar Ibanez. Sekrng saya sedar bahwa fender memng padan, ngam, cucuk dan apa lagi aaaah....  erhm memng ngamlah di hati saya. 


JUMPA LAGI..... OK BAH KALAU KAU SANTAI SAJA BAH



Sabtu, 24 Mei 2014

Sabah di hatiku

Hai semua.  Tahukah kita bagaimana negeri Sabah ini terserah kepada orang luar khususnya SBBU? Apakah bentuk pentadbiran yang diperkenalkan oleh SBBU di negeri Sabah. Ok lah geng, mari kita baca dulu ni sambil minum-minum kopi.

Isnin, 5 Mei 2014

HT17 students doing fieldwork in Manukan Island on 7 April 2014

Apa khabar kamu semua, I hope you are all doing well. Memandangkan malam ni tak ada yang mahu dibuat so saya nak ambik sedikit masa utk update blog ni. Seperti biasalah, ayat tak fomal dan biasanya saya akan lebih suka utuk menulis sesuatu dalam bentuk ayat versi sabahan. Hahaha harap2 kamu org boleh faham apa yg saya tulis ni. Disini saya cuma kongsikan sedikit informasi bersama student of school education and social development. Tapi sebelum itu saya ingin perkenalkan serba sedikit tentang Manukan Island. Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga Telefon awam yang menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki. Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Memutik dan Pulau Sulug. Terminal Feri Kota Kinabalu di pusat bandar adalah terminal feri bagi mereka yang hendak menuju ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Terminal feri ini juga merupakan penghubung bagi pelawat yang menginap di Manukan Island Resort. Ok now u all already know about Manukan Island. 

Bagi memanuhi tugasan Physical Geography, student of school education and social development telah memilih Manukan Island untuk fieldwork. Pada 7 April 2014, fieldwork ini akan dijalankan dari pagi sehinggalah petg. Banyak benda/ilmu yang kami dapat ketiaka berada di sana khususnya berkaitan dengan peoses geomorfologi, hakisan dan banyak lagilah yang berkaitan dengan subjek geofizikal. Tapi sebenarnya pada masa yang sama objektif kami untuk membuat fieldwork secara perlahan-lahan akan hilang kerana sesetngah student sudah terpukau dengan keindahan Manukan Island. Betulkah? hahah tipulah kamu kalau masih ada yang sibuk dengan kajian geofizikal dari pagi sampai petang. Apa yang saya lihat pada masa tu, kawan2 sibuk dengan selfie, hahah gurau ja. Bah, di bawah ni merupakan gambar ketika di Manukan Island. Tapi sebelum tu saya mohon maaf jika ada gambar kamu yang tak bagus. 









   



















 #SEBAGAI KENANG-KENANGAN >Mungkin disuatu hri nanti setalah tamat pengajian mybe kita tidak dapat jumpa selalu dan hanya berjumpa melalui laman sosial. So saya pinjam dulu lh gambar kamu orang mhu simpan dalam blog saya, boleh bah kan. Boleh lah nanti kita tingo balik gambar2 ni utk imbas semula kenangan kita masa lalu. hahaha<

Bah sampai disini saja... tq kerana visit blog saya, jngn lupa datng visit balik.

Khamis, 24 April 2014

Testing dulu bilang si kawan.

Apa khabar kamu orang. Terima kasih atas kerja sama kamu orang (Zarin, Evans, dan Sylvister) dalam menjayakan tugasan Sejarah Malaysia. Walaupun pada mulanya kita susah sangat untuk menghasilkannya tapi akhirnya yang sukar dapat dimudahkan. Bilang tu lagu "PALING MENANG", jadi kamu memang penyumbang idea yang kreatif. Sahabat walaupun kita berbeza tapi tetap bersatu. hahaha. Video kita saya akan upload ke youtube (harap saya tak lupa lah)... Biarlah semua tu sebagai kenang-kenangan kita. Erhm terlupa pulak pasal lagu ciptaan kumpulan kita, nanti kita recording ya. Boleh lah nanti kita dengar kalau kita dah berpisah di suatu hari nanti. hahahahah


Rabu, 23 April 2014

Picnic di air terjun Melapod, Tongodon.

Hari ni saya mahu share sedikit pasal picnic kami di Melapod, Tongodon. Saya tak tahu bagaimana nama tempat ni boleh wujud tapi yang pastinya ia dipanggil kebanyakan orang di sekitarnya. Air terjun Melapod ini merupakan tempat yang menarik dan sering menjadi tumpuan penduduk. Perkara ini dapat dilihat dimana setiap kali ada akitiviti seperti picnic pasti akan dibuat disini. Tapi, sekarang sudah banyak berubah. Tindakan sebilangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kawasan ini kurang menarik kerana sampah dibuang merata tempat. 

Semasa cuti sekolah, saya dan beberapa kawan yang lain telah merancang untuk pergi ke tempat ini. Walaupun pada masa ni, rupa air terjun Melapod sudah hilang keharmoniannya namun apa yang penting kami dapat luangkan masa untuk melakukan banyak aktiviti. Memang best lah bilang orang. Saya akan meletakkan beberapa gambar semasa berada di air terjun Melapod. Topik ni saya kongsikan di dalam blog saya sebagai kenang-kenangkan. 

Weldren

Jiki dan Nelson

Saya (Zikhri)

Weldren dan Jiki

Imamat 

Imamat, Jiki, Saya (Zikhri), Weldren

#SEBAGAI KENANG-KENANGAN


Isnin, 21 April 2014

Rupa jalan baru Tongod - Tampasak - Penangah (2012)

Hai semua. Sekarang ni saya tergerak hati nak update blog. Disini saya mahu share tentang rupa jalan baru Tongod ke Penangah semasa tahun 2012. Tapi sebelum itu saya ingin bertaya dengan kita semua,  adakah kita tahu bahawa Tongod ini terletak di tengah-tengah Sabah? Baiklah sebagai pengatahuan, daerah Tongod merupakan tempat yang berada di tengah-tengah peta Sabah. 

Kenapa saya kongsikan topik ni? Kadangkala kita sebagai penduduk asal tak tahu pun susana/rupa kampung kita sebelum dibangunkan,  termasuk saya lah ni. So disini saya kongsikan sedikit bagaimana rupa jalan raya sebelum dibangunkan iaitu sebelum jalan raya yang kita lihat sekarang ini (bagi mereka yang pernah jalan di tempat ni). Sebagai pengatahuan sebelum jalan baru ini dibuat, penduduk akan menggunakan jalan sungai (Tongod-Penangah) manakala jalan darat penduduk Tongod terpaksa melalui jalan Kg. Langkabong, Kg. Mananam, Kg. Meliau, dan beberapa kampung lain lagi untuk pergi ke Penangah.

Pada suatu masa, saya, Jiki, Weldren, Nelson, dan Imamat merancang untuk melihat jalan baru Tongod ke Penangah. Jadi kami telah memilih tarikh 17-2-2012 (cuti ganti sekolah). Kami telah menggunakan tiga motosikal dan membawa sedikit bekalan makanan/air minum. Jauh tu perjalanan, tambahan pulak time tu jalan macam..... (ai susah lah mahu cakap) bah nanti tingok dalam gambar ni sajalah. Kami mula bertolak dari Tongod pada pukul 9:19 pagi. dan kembali semula pada pukul 1:30 petang. Antara koleksi gambar yang boleh kita lihat tentang jalan raya sebelum dibangunkan ialah seperti berikut;

Rehat dulu kejap.
Kalau hujan ni memang "bakakai" si kawan.





























Tiba semula di Tongod pada pukul 1.30 petang