= ZIKHRI JALIUS: September 2018

Rabu, 12 September 2018

Ke bandar Sandakan 2018

Hello para pengunjung blog. Topik untuk hari ini ialah mengenai Sandakan. Tidak banyak yang saya tahu tentang Sandakan ni, cuma apabila saya pergi ke sini pada  23 Ogos 2018 terdapat sedikit perubahan setelah 8 tahun tidak ke Sandakan. Mungkin bagi kamu yang selalu ke Sandakan, tak ada yang membuatkan kamu terkejut dan mungkin bagi kamu Sandakan ini biasa-biasa sahaja.

Menurut Wikipedia, Sandakan is the second largest town in Sabah after Kota Kinabalu. Selain itu kita juga boleh melihat penerangan dari Wonderful Malaysia tentang Sandakan iaitu menyatakan bahawa “Sandakan is the second biggest city in Sabah. The city as a gateway to numerous eco destinantion withhin  Sabah. Sandakan became a big city because of wood chopping industries. Sandakan remains Sabah’s second most important port, after Kota Kinabalu (KK). The port (at the Sulu sea) is important for palm oil, tobacco, cocoa, coffee and numerous other product expoerts. Sandakan is one of the most bustling towns in East Malaysia. The city used to be the epicentre of the Malaysian wood chop. Since this industry moved to the south, the city has bacome more of a starting point for several beautiful tourist destinantion. In the past Sandakan was the capital of the state of Sabah; later Kota Kinabalu became the capital of Sabah. Nearby Sandakan you can  find the Sepilok orangutan rehabilitation centre, a very popular tourist attraction in Sabah”.

Terima kasih Wikipedia dan Wonderful Malaysia. Berdasarkan pada penjelasan tersebut, kita tahu bahawa Sandakan ini merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan juga bandar terpenting sebagi pusat pelabuhan selepas Kota Kinabalu. Selain itu, industri pemotongan kayu yang terdapat di Sandakan membuatkannya menjadi kawasan terpenting di Sabah. Sebenarnya ada banyak info yang menarik yang kita tidak tahu tentang Sandakan.

Baiklah bosku, berbalik pada topik, saya telah pergi ke Sandakan pada 23 Ogos 2018 untuk beberapa urusan. Urusan ke Sandakan ialah ingin membuka akaun SSPNI adik saya. Kami telah pergi ke Maybank untuk membuka akaun SSPNI namun kami diminta untuk pergi ke pejabat PTPTN tingkat 3 Harbour Mall Sandakan. Saya baru tahu bahawa pejabat PTPTN sudah ada di Sandakan kerana semasa  saya berurusan pada tahun 2010 pejabat PTPTN belum ada. So untuk, membuka akaun SSPNI, kena lakukan di Maybank sebab itu kenapa saya bawa adik ke Maybank. Lagi satu, pada tahun 2010, kalau tak silap Harbour Mall belum ada, dan saya terujah apabila bandar Sandakan sudah ada Mall baru walaupun mungkin tak seperti Mall di Kota Kinabalu. Semasa tahun 2010, saya masih ingat bahawa Gentingmass Mall, CKS, dan Fong Ming merupakan lokasi utama membeli belah pada ketika itu. Sebenarnya banyak tempat-tempat baru yang sudah dibangunkan di Sandakan tapi saya tidak berkesempatan untuk jalan kerana kesuntukan masa. Pergi balik saja bosku. Bah terdapat beberapa gambar Sandakan 2018 yang sempat diambil. Walaupun gambar yang diambil tidak menyeluruh tapi sekurang-kurangnya ada gambar untuk kita lihat 10 tahun akan datang. Manalah tahu pada masa itu, Sandakan sudah memiliki LRT dan setaraf dengan Jepun.

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Main entrace Harbour Mall Sandakan (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)

Sandakan 23 Ogos 2018 (Admin's photo)
Rujukan: