= ZIKHRI JALIUS: Ogos 2018

Rabu, 29 Ogos 2018

SEDIKIT INFO MENGENAI KAMPUNG KIANDONGO DARAT

Apa khabar para pengunjung blog ini? Saya harap kita semua sentiasa diberikan kesihatan. Baiklah topik kita hari ini ialah mengenai kampung Kiandongo Darat iaitu merupakan kampung admin sendiri. Mungkin masih ramai antara penduduk asal kampung Kiandongo yang belum tahu tentang latar belakang kampung Kiandongo. Sebelum saya memulakan penulisan ini, terlebih dahulu saya ingin memberitahu kepada anda bahawa sumber ini saya dapat hasil daripada temubual beberapa responden yang dibuat oleh Joines dan Zikhrius pada 16 March 2016. Respondan ini terdiri daripada penduduk asal kampung Kiandongo Darat yang sudah lama menetap dan tahu akan sejarah perkembangan kampung Kiandongo. 

Baiklah, sebelum ini saya ada menulis info dalam blog tentang sejarah kewujudan kampung Kuala Tongod. Topik tersebut banyak berkait dengan kampung Kiandongo. Berdasarkan temubual yang di buat dengan En. Aim Ansang (Pengerusi JKKK pada 2016), En. Rudin, En. Tikan, En. Laiwin Mahir, En. Mahir Rio dan En. Sadil Tuyui, mereka mengatakan bahawa pada tahun 1958 missionari dari Eropah telah membuka pusat misi pedalaman di kampung Kuala Tongod seperti membuka kemudahan sekolah dan klinik. Kemudahan ini telah memberi banyak impak dimana berkembangnya petempatan kampung Kuala Tongod termasuklah kemunculan kampung Kiandongo.

Pada awal tahun 1970 kampung Kiandongo Darat mula diterokai oleh satu keluarga yang berasal dari kampung Mananam bernama En. Sadil bin Tuyui dari tahun-tahun berikutnya beberapa keluarga demi keluarga dari kampung Mananam dan kampung Langkabong menyusuli sehingga kepesatan penduduk bertambah pada tahun 1978 apabila satu syarikat Taeck Loong membuka kayu balak di kampung Kiandongo Darat.

Kalau sebelum ini saya menulis topik mengenai asal usul kewujudan suku Mangkaak, kali ini saya menulis tentang asal usul nama kampung Kiandongo Darat. Berdasarkan temubual yang dibuat, hampir semua responden menyatakan bahawa asal usul nama kampung Kiandongo Darat diambil sempana sebatang anak sungai yang dinamakan sungai Kiandongo berhampiran dengan kg. Kuala Tongod. Pada tahun 1979 kerajaan merancang bahawa tempat tersebut digezet untuk kawasan tanah kerajaan maka pada awal tahun 1980, kampung Kiandongo di bawa sebelah darat maka kampung kiandongo berubah menjadi kampung Kiandongo Darat. Pada tahun 1981 penduduk semakin ramai di kampung Kiandongo Darat dan majoritinya terdiri daripada suku kaum mangkaak.

Dari segi sistem pentadbiran pulak sudah ada sejak tahun 1981. Berdasarkan beberapa catatan yang difailkan oleh En. Aim Ansang (Pengerusi JKKK kg Kiandongo Darat 2016), menjelaskan bahawa pada tahun 1978 hingga 1980, kampung Kiandongo Darat belum mempunyai pengerusi JKKK dan juga Ketua Kampung. Pada awal tahun 1981, berulah tertubuh Ketua Kampung iaitu En. Mahir Rio tetapi pengerusi belum dilantik. Pada awal tahun 1982, seorang telah dipilih menjadi Pengerusi JKKK kali pertama iaitu En. Laiwin Mahir iaitu merupakan anak kepada En. Mahir Rio Ketua Kampung Kiandongo Darat.

Senarai pemimpin kg. Kiandongo Darat:
Ketua Kampung :

  1. En. Mahir Rio (Tahun 1981-1986)
  2. En. James Sadon (Tahun 1986 - 1998)
  3. En. Mahir Rio (Tahun1998 - kini)
Pengerusi JKKK:
  1. En. Egin @ Laiwin Mahir (Tahun 1982 - 1998)
  2. En. Aim Ansang (Tahun 1998 - 1999)
  3. En. Egin @ Laiwin Mahir (Tahun 1999 - 2000)
  4. En. Aim Ansang (2000 - kini)

Berikut merupakan gambar responden yang banyak memberikan sumber:

Joines (tengah) bersama Ketua Kampung En. Mahir Rio (kanan)
dan isteri Ketua Kampung (kiri)

Joines (kiri) dan En. Tikan (kanan)

Joines (kiri), nenek Saudah (tengah) dan Atok Rudin (kanan). Atok
Rudin pernah merasakan zaman pendudukan Jepun di Kuala Tongod.

Joines bersama Pengerusi JKKK kg. Kiandongo Darat En. Aim Ansang

Zikhrius (kiri) bersama pacik Sadil Tuyui (kanan)

Zikhrius bergambar bersama pacik Sadil Tuyui yang
sempat merasakan zaman pendudukan Jepun 


Rumah pacik Sadil Tuyui

Segala kekurangan admin mohon maaf. Sekali lagi terma kasih saya ucapakan kepada Joines dan Zikhrius@Eko serta responden atas sumber yang diberikan ini. 


Selasa, 21 Ogos 2018

SUKAN RUMAH-RUMAH SMK ULU SAPI KALI KE-7 2018

Hello guys, kali ni admin bercerita tentang sukan rumah2 di SMK ULU SAPI. Pada bulan Julai, SMKUS menganjurkan sukan rumah2 selama 3 hari iaitu bermula 24 Julai 2018 sehingga 26 Julai 2018. Sukan ini dirasmikan oleh Tuan Tomi Amir dari PPD Tongod.

Pada hari pertama, acara yang dibuat ialah 1500m, lempar cekera, merejam lembing, 400m saringan dan 100m saringan. Pada hari kedua, antara acara yang dibuat ialah lontar peluru, lompat jauh, lempar cekra dan merejam lembing akhir. Selain itu, acara 200m, 400m, 100m dan 4x100m akhir turut dijalankan. Pada hari ketiga, acara 200m p15 dan p18 akhir serta perbarisan telah dibuat. Pelbagai acara-acara menarik dibuat. Persembahan menyanyi juga telah dibuat.

Sebagai pengetahuan,pelajar SMKUS mempunyi bakat dalam acara sukan. Walaupun bilangan pelajar SMKUS sedikiti iaitu 300 lebih pelajar sahaja namun pelajarnya ada pontensi untuk terlibat dalam kegiatan sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Disini terdapat beberapa gambar yang sempat di ambil semasa aktiviti sukan berlangsung.

Acara lompat jauh

Acara lontar peluru

Acara merejam lembing

Rabu, 1 Ogos 2018

MELANCONG KE FILIPINA 5 HARI 4 MALAM

Hello guys. Lama tak update blog ni. Rasanya hampir setahun lebih tidak membuat penulisan dalam blog yang serba kekurangan ni. Baiklah, admin nak kongsikan sedikit pengalaman semasa berada di Filipina pada oktober 2017. Nampak sangat x ada masa nak update blog, cerita tahun lalu tapi baru tahun ni 2018 nak ditulis dalam blog ni. Hahaha. Bah saya guna ayat sabahan kio tompinai (kawan), ndak selesa bogea saya kalau telampau fomal ni ayat. Maaf om sorry ya siapa2 yang tidak faham. Hahaha.

Pada oktober 2017, saya dan beberapa kawan telah melancong ke Filipina. Sebelum melancong tu, timbul macam2 dalam fikiran terhadap negara Filipina. Kadang saya terfikir tempat tu x selamat, ogumo (ramai) penggenas, perompak dan budaya yang menakutkan. Pernah terdengar cerita orang2 di Sabah tentang Filipina, dimana mereka bebas menggunakan senjata api malah ada yang masih budak atau remaja sudah memiliki senjata api. Waaah seram juga bosku. Kalau beginilah budaya dia, habis kita tak dapat balik ke Sabah.

Tapi seperti orang kata, selagi kita tak berada di bumi orang selagi itu kita tak kenal siapa mereka, apa budaya mereka. Selain itu, kenapa ramai pelancong2 kini ke Filipina dan balik ke negara asal dalam keadaan baik? Inilah point yang menguatkan semangat saya untuk ke Filipina. Fikir positif sajalah walaupun dalam sejarah ada banyak peristiwa antara Sabah dengan republik Filipina. Mungkin itu dulu tapi sekarang tidak (fikir positif lagi bosku). Siou om sorry kio, mengarut banyak saja saya ni.

Sepanjang berada di Filipina ada beberapa perkara positif yang perlu kita contohi. Antaranya, kejujuran dalam diri. Kejujuran ni saya dapat lihat setiap kali menaiki jeep iaitu kenderaan pengangkutan utama di bandar Manila dan beberapa tempat lain di Filipina. Mereka tak ada conductor bus. Penumpang yang bayar terus kepada driver. Kita boleh saja menipu kalau mahu, hahaha sebab driver tak tahu dan tak tanya dari mana. Kita tak bagi tambang pun boleh kalau mahu tapi jangnlah buat benda tak baik. Setiap menaiki kenderaan jeep rasanya saya tak bagi tambang dengan harga yang tepat sebab saya hanya bagi 10 peso tapi orang lain bagi 15 peso - 20 peso sedangkan ada rakan yang sama2 menaiki jeep dari Santiago ke Mall Of Asia. Jadi disimpulkan daripada cerita ni, fikiran negitif saya terhadap Filipina berubah apabila melihat budaya kejujuran ini. Memang ada sesetengah orang di Filipina yang tak jujur tapi sekurang2nya kita tahu bahawa bukan semua di Filipina kita anggap yang negatif kerana Sejarahnya. Orang Filipina baik-baik orangnya tapi ada sesetengah tempat yang dilirang oleh orang Filipina itu sendiri untuk pergi ke tempat tersebuat kerana di sana berbahaya.

Seterusnya, dari segi agama iaitu ketaatan mereka. Krisitian merupakan agama yang banyak dianuti oleh rakyat Filipina. Apa yang saya lihat ialah rakyatnya sangat berbudi bahasa dan ramai yang saya lihat pergi ke gereja untuk pray & worship. Bila saya datang ke sana, mereka menyambut kedatangan saya seolah2 saya orang yang berjawatan. Hahaha. Selain Kristian, agama lain seperti Islam juga dianuti tetapi dalam bilingan yg sedikit. Walaupun berbeza agama namun mereka boleh hidup bersatu.

Selain itu, dari segi kebersihan. Bukan semua kewasaan di Filipina kotor tidak dibersihkan. Mungkin kalau di Manila, eya mungkin kelihatan kotor sedikit tapi kalau di sebelah utara Bagio City, bandarnya lebih bersih. So, kada no (janganlah) berfikir negatif terhadap negara luar yang belum pernah kita lawati.

Perkara lain yang boleh kita contohi ialah sikap tolong menolong. Untuk pengetahuan, saya travel ke Filipina bukan melalui pakej yang mana kita mempunyi guide. Saya ke Filipina travel “backpackers” tanpa guide. Apa itu backpackers? Travel solo2, dimana kita pergi disitulah kita tidur maksudnya kalau ditempat tu x ada hotel atau penginapan, maka jawapannya kita tidurlah di tanah, pondok atau dimana2 yang boleh kita tidur. Tak ada guide, tak ada kenderaan khas seperti bas persiaran. Semua kita yang buat, dipendekkan cerita kita hidup sendiri. Dari Manila ke Bagio mengambil masa 12 jam dan dari Bgio ke Sagada ambil masa 6 ke 7 jam. Saya lebih banyak tidur dalam bas. Berbalik kepada point sikap tolong menolong, seorang rakan traveler dari Mindanu bernama Bon Espinola telah banyak membantu saya. Untuk pengetahuan, saya hampir tak dapat balik ke Sabah sebab tak tahu bagaimana balik semula ke bandar Manila dan seterusnya ke Aiport Nanoi. Seorang kawan itu sempat melukiskan peta panduan untuk balik ke Manila dan menjelaskan pada Saya bagaimana untuk ke Manila. Disimpulkan cerita ini, saya melihat bahawa betapa baiknya orang Filipina ini kepada orang luar lagi2 mereka yang memerlukan bantuan. Pandanagn saya terhadap Filipina berubah tidak seperti sebelum2 ini yang selalu berpandangan negatif.

Terlampau panjang pula sya mengarut. Sampai disini sajalah cerita saya, kalau ada umur yang panjng jumpa di topik yang seterusnya. Opps, disini saya sertakan sedikit gambar semasa berada di Filipina.

Halaman Mall of Asia
Makan bersama rakan traveler Filipina bernama Bon Espinola (buat jari peace) 

Dalam Sagada Cave (Mengambil masa 3 jam untuk masuk ke dalam)

Dalam gua bosku macam2 ada
Petempatan di Sagada


Gereja di Manila
Gereja

Nak cari bas ke Sagada dulu bosku
Tidur dan makan dalam bas. Perjalanan dari Bagio City ke Sagada ambil masa 6 ke 7 jam.


Bentuk muka bumi di Sagada
Tempat penginapan di Sagada. 2 malam d sini bosku

Petempatan di Bgio City
Bagio City

Bagio City


Terima kasih om ponsikou tompinai.