= ZIKHRI JALIUS: Jun 2016

Ahad, 26 Jun 2016

PRE-U SMK PENANGAH 2011-2012

Hallo kawan. Disini admin tak banyak cerita cuma admin nk share 1 video daripada student Pre-U SMK Penangah 2011-2012. Sebagai pengetahuan kepada kawan2 di luar sana, Pre-U SMK Penangah mula dibuka pada tahun 2011 dan student dalam video inilah yg memulakan atau merasmikannya. hihihi. Sejarah ni tau, jangan pura2 lupa. hahaha. Sebelum adanya Pre-U di SMK Penangah, pelajar-pelajar dari SMK Penangah dan SMK Tongod terpaksa pergi ke SMK Telupid untuk melanjutkan pelajaran ke Tingktn 6 atau Pre-U. Bah apa2 pun jom saksikan video yg serba kekurangan dengn softwe video editing zaman clasic tambahan pula orgnya tidak mempunyi kemahiran ttg video editing ni. enjoy....


Youtube: ZIKHRI JALIUS

Begitu cepat masa berlalu

Hallo guys... Apa khbar, lama dah  x update blog ni. Baiklah kawan, memandagkan sekrang ni cuti semseter 3 bulan FUHH!!! lama tu. Kepada mereka yg bercuti di kampung halaman, admin ucpakn selamt bercuti. Eeeem, tapi saya x dapat cuti kg selama 3 bulan cuti semestr ni. Org susah mcm kitaorg ni terpaksa cari duit lebih sikit. Nak harapkn dengan family di kg? saya pun mcm kamuorg juga tak mahu susahkn family, dahlah family susah kita pula yg mahu susahkn mereka. hihihi. 

Memandangkn saya x balik kg, so kitaorg ni dah buat plan utk cari kerja part time. Jangn ckp pasal gaji, tu abaikan ja asalkn duit gaji part time tu mampuh bayar yuran pengajian saya dah cukup bersyukur. Baiklah kawan, sebenarnya mlm ni saya boring tak tahu nak buat apa jadi, bila fikir punya fikir muncul satu idea yg gerakkan saya utk update blog. Duduk seorg2 dalam bilik sambil tengok video kt youtube time fom 6 dulu. Termenung dan cuba imbas kenangan dulu time fom6 dan sekrg pula berada kt UMS. Daripada duduk termenung sambil melihat video maka muncullah satu topik yg saya nk letak dalam blog  saya iaitu "Begitu cepat masa berlalu". 

Walaupun kawan2 sudah berjauhan namun dengan video ini dapat menyimpan semua kenangan kita. 


Youtube: ZIKHRI JALIUS


Isnin, 6 Jun 2016

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI SUKU MANGKAAK, KUNATONG, PENDUDUKAN JEPUN DI KIANDONGO TONGOD DAN PERKEMBANGAN AGAMA DI TONGOD.

Hallo semua. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info yang boleh kita katakan penting untuk kita ketahui. Baiklah sebelum tu terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Zikhrius@Ekko (18 tahun) dan Joines@Pindot (19 tahun) atas sumbangan mereka menemu bual beberapa orang lama penduduk kampung Kindungo Darat. Antara orang yang ditemu bual ialah seperti berikut;

Nama: Sadil bin Tuyui
Umur: 87 tahun (lahir tahun1929)

Nama: Tikan
Umur: Lupa tanya

Nama; Rudin 
Umur: 74 tahun

Nama responden yang tidak ada dalam gambar ini ialah seperti berikut;
1. Laiwin Mahir (umur lupa tanya)
2. Mahir bin Rio (sebagai Ketua Kampung Kiandungo Darat / umur lupa tanya)


Nama-nama di atas merupakan antara penduduk asal Kg Kiandungo yang sudah lama tinggal di kampung tersebut. Walaubagaimanapun, untuk bahagian ini saya hanya mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh aki Sadil bin Tuyui dalam rakaman video yang dirakam oleh Zikhrius dan Joines pada (Wednesday, 16 March 2016, 4:40:12pm). Untuk ulasan video yang seterusnya akan di update kemudian. hihihi. 

SUKU MANGKAAK & KUNATONG
Menurut Sadil bin Tuyui suku mangkaak ini merupakan suku yang banyak terdapat di kampung Kiandungo dan kg Menanam. Suku Mangkaak ini salah satu daripada sub kaum dusun. Antara adat yang diamalakan oleh suku Mangkaak ini ialah adat perkhwinan. Perkhwinan sesama suku adalah dilarang dan sikaranya didapati berkhwinan sesama suku akan dikenankan konsitan atau sogit atau denda. Kebiasannya babi rumah merupakan salah satu sogit yang dikenakan kepada si pesalah. Suku Kunatong juga sama seperti suku mangkaak. Adat yang diamalkan juga adalah sama seperti melarang perkhwinan sesama suku. Suku Mangkaak dan Kunatong hampir sama bilangannya di Kg Mananam. Adat ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.

PENDUDUKAN JEPUN DI KIANDONGO TONGOD
Semasa pendudukan Jepun di Sabah, umur aki Sadil bin Tuyui adalah masih balasan tahun dan sudah semestinya beliau sempat berada di zaman penndudukan Jepun. Menurut beliau, jepun sngat kejam ke atas penduduk tempatan di kg Kiandongo dan Tongod. Apabila Jepun kehabisan bekalan makanan, mereka pergi ke kawasan perkampungan untuk meminta bekalan makanan dan sekiranya tidak diberikan bekalan makanan akan ditembak.Jepun meminta bekalan makanan seperti beras daripada orang kampung. Lagi satu tindakkan kejam orang Jepun ialah mereka mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap perempaun. Pernah suatu ketika dahulu, aki Sadil bin Tuyui sendiri pernah mendengar jeritan perempuan meminta pertolongan akibat tindakan Jepun yang kejam. Ini merupakan salah satu tindakan kejam yang dibuat oleh Jepun. 

Selain itu, aki Sadil bin Tuyui pernah menghantar bekalan makanan untuk jepun menggunakan perahu kecil di sungai Tongod, manakala kawan Aki Sadil pula menghantar orang Jepun balik ke Sandakan melalui jalan sungai. Pada masa itu, sungai tongod banjir dan hanya menggunakan perahu untuk memuatkan orang Jepun. Kawan-kawan aki Sadil merancang untuk membunuh org Jepun dengan menengalamkan orang Jepun di sungai Tongod. Dengan pakain dan kasut Jepun yang berat menyebabkan orang Jepun tidak berdaya menyelamatkan diri di sungai Tongod semasa banjir. Kawan aki Sadil berjaya membunuh 30 orang Jepun dengan cara menengalamkan mereka di sungai Tongod yang mana sungai Tongod ketika itu berlakunya banjir besar. Kemasukan British di kawasan Tongod telah berjaya mengusir keluar Jepun. Kemasukan british di Tongod juga telah terbinanya sekolah Mission Tongod.

PERKEMBANGAN AGAMA DI TONGOD
Sebelum orang putih / Inggeris datang ke Tongod agama belum ada. Namun kemasukan oran putih ini telah bermulanya agama Kristian. Salah satu contoh ialah gereja EMT di tongod yang dibina oleh oran putih. Orang putih juga telah mula membangunkan tongod. Satu sejarah yang diceritakan oleh aki Sadil ialah ada beberapa orang putih pergi ke hutan. Namun seorang daripada beberapa orang putih itu sesat dan tidak dapat pulang, akhirnya meninggal di hutan. Mayat orang putih itu dijumpai tetapi tinggal tulang dan terdapat satu buku yang mana dalamnya ada dinyatakan bahawa dia tidak mahu dikebumikan di negara asal tetapi mahu dikebumikan di Tongod. Akhirnya, tulang itu dikutip dan dibawa ke EMT seterusnya disambut oleh paderi di gereja dan dikebumikan dekat gereja EMT. 


Semua ini adalah hasil temubual yang dibuat oleh Zikhrius dan Joines kemudian disusun dan ditulis semula oleh admin ke dalam blog ini. Harap ini berguna kepada kita semua. Jika ada silap dan salah tolong maafkan. Ada beberapa lagi responden yang memberikan perkongsian mengenai latar belakang sejarah Tongod dan kempung Kiandungo. Nantikan episod seterusnya. Guna episod juga ya macam One Piece enemy. Mungkin ada antara kamu yang tahu mengenai latar belakang Kg Kiandongo dan juga Tongod, so admin mengalu-alukan ilmu anda dikongsi bersama.

Sekian.


Jumpa lagi.