= ZIKHRI JALIUS: 2016

Ahad, 26 Jun 2016

PRE-U SMK PENANGAH 2011-2012

Hallo kawan. Disini admin tak banyak cerita cuma admin nk share 1 video daripada student Pre-U SMK Penangah 2011-2012. Sebagai pengetahuan kepada kawan2 di luar sana, Pre-U SMK Penangah mula dibuka pada tahun 2011 dan student dalam video inilah yg memulakan atau merasmikannya. hihihi. Sejarah ni tau, jangan pura2 lupa. hahaha. Sebelum adanya Pre-U di SMK Penangah, pelajar-pelajar dari SMK Penangah dan SMK Tongod terpaksa pergi ke SMK Telupid untuk melanjutkan pelajaran ke Tingktn 6 atau Pre-U. Bah apa2 pun jom saksikan video yg serba kekurangan dengn softwe video editing zaman clasic tambahan pula orgnya tidak mempunyi kemahiran ttg video editing ni. enjoy....


Youtube: ZIKHRI JALIUS

Begitu cepat masa berlalu

Hallo guys... Apa khbar, lama dah  x update blog ni. Baiklah kawan, memandagkan sekrang ni cuti semseter 3 bulan FUHH!!! lama tu. Kepada mereka yg bercuti di kampung halaman, admin ucpakn selamt bercuti. Eeeem, tapi saya x dapat cuti kg selama 3 bulan cuti semestr ni. Org susah mcm kitaorg ni terpaksa cari duit lebih sikit. Nak harapkn dengan family di kg? saya pun mcm kamuorg juga tak mahu susahkn family, dahlah family susah kita pula yg mahu susahkn mereka. hihihi. 

Memandangkn saya x balik kg, so kitaorg ni dah buat plan utk cari kerja part time. Jangn ckp pasal gaji, tu abaikan ja asalkn duit gaji part time tu mampuh bayar yuran pengajian saya dah cukup bersyukur. Baiklah kawan, sebenarnya mlm ni saya boring tak tahu nak buat apa jadi, bila fikir punya fikir muncul satu idea yg gerakkan saya utk update blog. Duduk seorg2 dalam bilik sambil tengok video kt youtube time fom 6 dulu. Termenung dan cuba imbas kenangan dulu time fom6 dan sekrg pula berada kt UMS. Daripada duduk termenung sambil melihat video maka muncullah satu topik yg saya nk letak dalam blog  saya iaitu "Begitu cepat masa berlalu". 

Walaupun kawan2 sudah berjauhan namun dengan video ini dapat menyimpan semua kenangan kita. 


Youtube: ZIKHRI JALIUS


Isnin, 6 Jun 2016

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI SUKU MANGKAAK, KUNATONG, PENDUDUKAN JEPUN DI KIANDONGO TONGOD DAN PERKEMBANGAN AGAMA DI TONGOD.

Hallo semua. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit info yang boleh kita katakan penting untuk kita ketahui. Baiklah sebelum tu terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Zikhrius@Ekko (18 tahun) dan Joines@Pindot (19 tahun) atas sumbangan mereka menemu bual beberapa orang lama penduduk kampung Kindungo Darat. Antara orang yang ditemu bual ialah seperti berikut;

Nama: Sadil bin Tuyui
Umur: 87 tahun (lahir tahun1929)

Nama: Tikan
Umur: Lupa tanya

Nama; Rudin 
Umur: 74 tahun

Nama responden yang tidak ada dalam gambar ini ialah seperti berikut;
1. Laiwin Mahir (umur lupa tanya)
2. Mahir bin Rio (sebagai Ketua Kampung Kiandungo Darat / umur lupa tanya)


Nama-nama di atas merupakan antara penduduk asal Kg Kiandungo yang sudah lama tinggal di kampung tersebut. Walaubagaimanapun, untuk bahagian ini saya hanya mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh aki Sadil bin Tuyui dalam rakaman video yang dirakam oleh Zikhrius dan Joines pada (Wednesday, 16 March 2016, 4:40:12pm). Untuk ulasan video yang seterusnya akan di update kemudian. hihihi. 

SUKU MANGKAAK & KUNATONG
Menurut Sadil bin Tuyui suku mangkaak ini merupakan suku yang banyak terdapat di kampung Kiandungo dan kg Menanam. Suku Mangkaak ini salah satu daripada sub kaum dusun. Antara adat yang diamalakan oleh suku Mangkaak ini ialah adat perkhwinan. Perkhwinan sesama suku adalah dilarang dan sikaranya didapati berkhwinan sesama suku akan dikenankan konsitan atau sogit atau denda. Kebiasannya babi rumah merupakan salah satu sogit yang dikenakan kepada si pesalah. Suku Kunatong juga sama seperti suku mangkaak. Adat yang diamalkan juga adalah sama seperti melarang perkhwinan sesama suku. Suku Mangkaak dan Kunatong hampir sama bilangannya di Kg Mananam. Adat ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.

PENDUDUKAN JEPUN DI KIANDONGO TONGOD
Semasa pendudukan Jepun di Sabah, umur aki Sadil bin Tuyui adalah masih balasan tahun dan sudah semestinya beliau sempat berada di zaman penndudukan Jepun. Menurut beliau, jepun sngat kejam ke atas penduduk tempatan di kg Kiandongo dan Tongod. Apabila Jepun kehabisan bekalan makanan, mereka pergi ke kawasan perkampungan untuk meminta bekalan makanan dan sekiranya tidak diberikan bekalan makanan akan ditembak.Jepun meminta bekalan makanan seperti beras daripada orang kampung. Lagi satu tindakkan kejam orang Jepun ialah mereka mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap perempaun. Pernah suatu ketika dahulu, aki Sadil bin Tuyui sendiri pernah mendengar jeritan perempuan meminta pertolongan akibat tindakan Jepun yang kejam. Ini merupakan salah satu tindakan kejam yang dibuat oleh Jepun. 

Selain itu, aki Sadil bin Tuyui pernah menghantar bekalan makanan untuk jepun menggunakan perahu kecil di sungai Tongod, manakala kawan Aki Sadil pula menghantar orang Jepun balik ke Sandakan melalui jalan sungai. Pada masa itu, sungai tongod banjir dan hanya menggunakan perahu untuk memuatkan orang Jepun. Kawan-kawan aki Sadil merancang untuk membunuh org Jepun dengan menengalamkan orang Jepun di sungai Tongod. Dengan pakain dan kasut Jepun yang berat menyebabkan orang Jepun tidak berdaya menyelamatkan diri di sungai Tongod semasa banjir. Kawan aki Sadil berjaya membunuh 30 orang Jepun dengan cara menengalamkan mereka di sungai Tongod yang mana sungai Tongod ketika itu berlakunya banjir besar. Kemasukan British di kawasan Tongod telah berjaya mengusir keluar Jepun. Kemasukan british di Tongod juga telah terbinanya sekolah Mission Tongod.

PERKEMBANGAN AGAMA DI TONGOD
Sebelum orang putih / Inggeris datang ke Tongod agama belum ada. Namun kemasukan oran putih ini telah bermulanya agama Kristian. Salah satu contoh ialah gereja EMT di tongod yang dibina oleh oran putih. Orang putih juga telah mula membangunkan tongod. Satu sejarah yang diceritakan oleh aki Sadil ialah ada beberapa orang putih pergi ke hutan. Namun seorang daripada beberapa orang putih itu sesat dan tidak dapat pulang, akhirnya meninggal di hutan. Mayat orang putih itu dijumpai tetapi tinggal tulang dan terdapat satu buku yang mana dalamnya ada dinyatakan bahawa dia tidak mahu dikebumikan di negara asal tetapi mahu dikebumikan di Tongod. Akhirnya, tulang itu dikutip dan dibawa ke EMT seterusnya disambut oleh paderi di gereja dan dikebumikan dekat gereja EMT. 


Semua ini adalah hasil temubual yang dibuat oleh Zikhrius dan Joines kemudian disusun dan ditulis semula oleh admin ke dalam blog ini. Harap ini berguna kepada kita semua. Jika ada silap dan salah tolong maafkan. Ada beberapa lagi responden yang memberikan perkongsian mengenai latar belakang sejarah Tongod dan kempung Kiandungo. Nantikan episod seterusnya. Guna episod juga ya macam One Piece enemy. Mungkin ada antara kamu yang tahu mengenai latar belakang Kg Kiandongo dan juga Tongod, so admin mengalu-alukan ilmu anda dikongsi bersama.

Sekian.


Jumpa lagi.

Jumaat, 27 Mei 2016

NUNUK RAGANG?

Hallo, onu abar (apa khabar)? Saya harap pembaca blog ni sentiasa sihat. Kali ni tajuk artikel kita ialah NUNUK RAGANG. Sebelum tu saya mohon maaf kepada saudara Jaws Hamshah kerana artikel ni saya copy paste ja dari A sampailah Z. Semua ni adalah hasil beliau yang mana saudara Jaws telah membuat rujukan dari Taha Abdul Kadir. Cerita Tradisi Sabah. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 1985. m/s 1-9. Sekali lagi saya mohon maaf dan saya berharap saudara Jaws Hamshah memberi keizinan kepada saya untuk dipostkan semula ertikel beliau ke dalam blog syaa.

Baiklah kawan, pernahkah kamu dengar perkataan "Nunuk Ragang"? Sebenarnya dari umur balasan tahun perkataan ni selau sya dengar. Memandnagkn umur masih mentah2 maka saya tidak ambil kisah pun tentang perkataan Nunuk Ragang.Oleh itu, saya rasa berterima kasih dengan saudara Jaws Hamshah kerana melalui beliaulah saya boleh mengenali apakah itu Nunuk Ragang. Saya berharap kita sebagai rakyat Sabah harus tahu apakah itu Nunuk Ragang. Berikut merupakan hasil usaha Jaws Hamshah;

Selamat membaca kawan...

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tmepat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.
Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membnat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.

Sumber:

Terima kasih Group FB "OUR SABAHAN  HISTORY" dan Jaws Hamshah

Rabu, 25 Mei 2016

Sekadar Hiburan

Hallo. Apa khbar kamuorg. lama x update blog mahu bebulan-bulan sudah. Oopss! Sebelum kita cerita panjang2 ada saya mahu bagi tahu. Macam biasa bahasa saya ni banyak langgar hukum grammar biasalah orang sabahan. Bukan apa cuma mahu kasi terkenal sikit ni bahasa sabahan di media sosial. hahaha. Kononlah uiseeeee. Bah, kawan (pembaca blog) ko kasi mula lah cerita. Saya fikir2 dulu apa sia mahu tulis dalam blog saya ni. FIKIR................................................ OK ada sudah idea saya. Kalau ngam cerita saya dengn ko kita kasi habis baca ni blog saya. hahahahah. 

GORENG? apa tu goreng? Maksud goreng ialah goreng. hahaha . Sabar ko kawan jangan panas marah. Minum dulu ko kupi. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka goreng ialah makanan yang dipanaskan dlam kuali kering, yang dimasak dengan manyak seperti mengoreng ikan. Tapi menurut sya goreng ialah goreng lah. hahaha. 

Ini bah sebenarnya yang saya mahu sampaikan, beberapa tahun yang lau (may be tahun 2015) saya telah mengoreng guitar dengan melodinya yang entah kemana. Orang bilang mengoreng sampai ke laut. Jadi dengan rendah hati sya mahu kasi share satu video utk kamu org. harap terhibur. Boleh ketawa tapi jangan kasi tengok depan saya. hahahha.

Harap kamuorg terhibur dengan kesilapan yang banyak ini.

Sudah tengok?

Bah... TERIMA KASIH  daun keladi.

Jumpa lagi.

Selasa, 1 Mac 2016

SET UP GUITAR FENDER STRATO MIM

Hallo... halooooo. Lama tidak update ni blog mungkin dekat 1 tahun sudah. Bila berhadapan dengan banyak tugasan naaa beginilah jadinya. Oppsss!.. lupa tanya khbar pula kan. Bah apa khabar kamorg, harap kamu terlebih sihat. Erm, macam biasa topik hari ini kurang penting dan tidak seperti topik2 sebelum ini yang banyak diisi dengan ilmu pengetahuan. Lagiiiiiii satu kitaorg guna banyak ayat2 sabahan dan harap2 kamu fahamlah ayat yang banyak melangar hukum grammar dan sebagainya. 
Bah, ko minum kopi dulu bah baru sia kasi mula cerita. Saya kasi mula lah cerita k kawan. GUITAR? semua orang tahu kan apa tu gitar. Bila bercerita pasal gitar macam nampak pandai lah konon main gitar, tapi tidak kita hanya mahu kongsi2 cerita sambil minum kopi. Penjagaan gitar adalah penting, kenapa? aik sebab tak ada duit lebih mahu beli gitar baru kalau rosak. 

Tahun 2015 saya telah membeli sebiji electric guitar. Apa brand dia? Fender Strato Made in Maxico. Sebelum beli, saya telahpun periksa guitar tersebut sama ada dia mengalami kecacatan atau tiada. Jadi bila sudah periksa semua dan nampaknya gitar itu sihat dan tidak mengalami penyakit. Tapi malangnya bila saya balik ke kampung, guitar saya mengalami kecacatan dimana intonation dia sudah lari sikit. Kenapa boleh lari intonation? sbb saya tidak simpan bagus2 tu gitar dalam bas. Semua barang2 tindis gitar saya, naaa apalagi timbulah penyakit. Cari penyakit juga bah kan aduuuiiii. 

Bila lari intonation main pun tidak siok sebab sumbang sini sumbang sana. hahaha. Untuk menyembuhkan penyakit guitar saya, maka terpakasa lah sya menghantarnya ke tempat service setup guitar. Disini terdapat sedikit informasi hasil daripada perbualan saya dengan seorg yang mahir dalam setup guitar. Beliau memberitahu bahawa setiap neck guitar mempunyai umur kayu yang berbeza-beza. Untuk neck fender usa umur neck kayu adalah 50 tahun ke atas. Untuk made maxico ialah dibawah 50 tahun kebawah. Jadi tidak hairan bila tengok harga neck fender strato mempunyai harga yang tinggi. Kemahiran beliau dalam setup gitar menyababkan beliau dikenali di seluruh sabah.

Sambung cerita akan datang. mengantuk sudah saya ni. aduinaaaa. nanti kita sambung cerita ya.

Bro Barry Philip izinkan sya post gambar ni dlm blog saya. hihihi


Bersama dengan Barry Philip.