= ZIKHRI JALIUS: Mac 2014

Isnin, 31 Mac 2014

PELAJAR SMK TONGOD SPM 2010

Hai semua, disini saya ingin menulis sedikit perkara tentang pelajar SPM SMK Tongod 2010. Sebelum itu saya mohon maaf sbb ayat saya tak sempurna, tidak seperti pengarang blog yang lain. Baiklah....
Pernahkah kamu terfikir untuk berjumpa dengan classmate kita yang tak pernah kita jumpa sejak tamat persekolahan? Ataupun adakah diantara kita yang pernah mengimbas peristiwa/kenangan kita bersama classmate yang lain? Setelah sudah beberapa lama tidak berjumpa dengan kawan sekalas, saya rasa rindu dengan gelagat-gelagat mereka di kelas.So, kadang-kadang apabila teringat beberapa kenangan yang melucukan, rasa tersenyum seorng2. hahahha. Nasib baik tak ada orang yang tingok, kalau ada mungkin mereka anggp kita ni ada problem. Betulkah ni? hahahaha. Tak tahu lah pulak, nanti kamu akan dapat rasakan juga tu. Ketika era persekolahan, saya rasa banyak rintangan yang saya hadapi namun, dengan batuan kawan2 maka beban itu dapat dikurangkan sedikit. Bahagian ini, ada beberapa gambar yang boleh kita lihat dan sebenarnya gambar ni saya jumpa ketika mencari satu file dalam laptop. Tiba2 terjumpa pula gambar ni ketika membuka satu folder. So saya pun terfikir mahu tulis sesuatu dalam blog ni dan akhirnya inilah hasilnya. hahahaha. Maaf ya tak banyak gambar yang saya letak dalam blog ni, tapi saya percaya ada orang mengatakan bahawa "sekeping gambar boleh mengimbas seribu kenangan". Betul kh? Hahaha saya cuba cari gambr lain untuk diletakan ke dalam blog ni. Tolong tegur2 lah bah kalau terjumpa atau terserempak di tengah jalan atau dimana2 ja lah. . . 
Date: 10/07/2010: 08:10 Pagi
Place: SMK Tongod (belakang bilik guru)
Name: Dari kiri baju merah Mamat, Jiki, Achai, Weldren, Zikhri (saya), Azaril (depan).

Date: 07/10/2010 : 11:10 Pagi
Place: Class form 5 Beta
Rakan sekalas 5 Beta.

Nama dari kiri (menghadap skrin)
Achai, Azaril, Sazri, Jiki (Ketua kelas), Jyeos, Nelson, Amin, Mamat, Welderen, Henly, Zikhri (saya),
 Ronny, Renny, Vilintina, Viliana, Ertynah, Cikgu Nasrun (sebagai guru kelas), Suzimah,
 Nohnainah (penolong ketua kelas) , Rostini, Salvianih, Rosliah.

Mohon maaf ya jika tersalah eja nama sorry tidak ingat lama sdh tidk jumpa. Sebenarnya masih ada lagi yang belum take pictures tme ni sbb mereka tak hadir masa tu. Sampai disini ja yang dapat saya kongksikan dan nantikan episod seterusnya... hahahah harap ada sambungannya.. Bye jangan lupa datang semula utk mengunjungi blog yang tak seberapa ni... 

Sabtu, 29 Mac 2014

Aku melangkah ke umur yang baru.

Terima kasih Tuhan kerana sekali lagi engkau memberikan saya nafas untuk terus hidup. Kini (30/030/2014) saya berjaya mencapai umur 21 tahun. Sebelum saya beralih ke usia yang ke21, terlebih dahulu saya ambik sedikit masa untuk berdialog dengan umur ke20. 

UMUR 20: Selamat datang UMUR 21. Saya rasa happy kerana kamu telah mengantikan kedudukan saya. (Tersenyum). Sudah tiba masanya untuk saya berserah.
UMUR 21: Ya terima kasih UMUR 20. Saya barterima kasih kerana engkau amanahkan saya untuk menggantikan kedudukan kau. Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik seperti mana yang kau lakukan sepanjang engkau memimpin. (Perasaan sedih).
UMUR 20: Kenapa engkau bersedih? 
UMUR 21: Tiadalah. Saya tidak sedih pun. (Cuba menyembunyikan perasaan sedih lalu menunjukkan muka yang happy)
UMUR 20: Jangan nak tipu saya lah. Saya tahu kamu sedih. Saya berharap kamu lakukan yang terbaik demi masa depan kau dan keluarga. Mungkin era kepimpinan saya banyak perkara yang pahit, so sya berharap biarlah semua tu sebagai pengajaran.
UMUR 21: Erhm..... terima kasih lah UMUR 20. Saya berharap agar dapat buat yang terbaik.
UMUR 20: Ya macam tu lah yang saya nak dengar... (Gembira dan tersenyum). Sebelum saya meninggalkn tmpat ni, saya ingin meninggalkan beberapa pesanan untuk kau.
UMUR 21: Eya, apa pesanan yang kamu nak tingglkan untuk saya?
UMUR 20: Saya mahu supaya kamu:
  • Tunjukkan sikap kematangan.
  • Lakukan semua perkara yang baik agar kamu dapat memimpin diri kamu dengan baik.
  • Hormatilah keluarga mu.
  • Rajin2 kan diri untuk beribadah
  • Lagi satu saya ingatkan kamu iaitu kamu kena kuatkan semngat untuk belajar. Kamu harus sedar bahawa latar belakng keluarga kita tidak seperti orang lain. Keluarga kita banyak kekurangan, so pandanglah ini sebagai satu perkra yang positif dan boleh menguatkan semangat kau.
Rasanya perbualan kita sampai disini saja. (tiba masanya UMUR 20 untuk pergi meninggalkn UMUR 21)


Tuhan engkau pimpin hidup saya, tinggalah dalam hati saya. Engkau berikan saya jalan yang benar serta permudahkan lah hidup saya.

......KINI UMUR KU 21......